ANTARA SEMUA PERTIMBANGAN YANG KITA BUAT DALAM KEHIDUPAN, TIADA YANG SEPENTING PERTIMBANGAN YANG KITA BUAT TERHADAP DIRI KITA SENDIRI

Friday, February 20, 2009

Tanda-Tanda Lelaki Tersinggung...Betul Kerr?



Lelaki kalau tersinggung lebi teruk dari pompuan..betul ke? Kalau lelaki tersinggung atau marah kan jarang la bah yang mau kasi tapuk-tapuk perasaan dorg..hehehe mengikut pengalaman saya la..sampai ada yang mau menunjukkan protes supaya orang yang telah menyinggung perasaan tahu apa yang dilakukan..mengikut aku punya pengalaman, ni la tanda2 lelaki tersinggung atau merajuk atau marah...

  1. 1. Masam Muka
  2. Ini adalah tindakan yang amat biasa bagi lelaki sekiranya tersinggung..Sudahlah tidak mau bercakap, siap tarik2 muka lagi tu..tak puas hati la kunun..tapi biasalah kalau masam2 muka ni..lelaki dengan pompuan sama ja..jadi kalau sudah muncung tu takkan tak fahm-faham kan...hahaha

2. Buat Tak Tahu

Bila lelaki pura-pura pekak padahal tidak pekak macam kamu tak wujud ja di depannya, nah tu pun protes juga tu...Biasanya kalau baru becinta-cinta tu, si lelaki ni pantang disuruh..apa saja yang disuruh pigi ja tu..no hal punya...hahaha tapi kalau sudah tersinggung, atokoi minta tolong2 yang kecil2 pun macam tida mau tu...

3. Diam Seribu Bahasa

Nah ini lagi...Kalau baru becinta pun begitu juga, biasanya lelaki ni tidak pandai berhenti bercakap atau berlawak jenaka. Tapi kalau lelaki tiba2 diam ja tu, lepastu macam malas ja mau bercakap...emmm adalah la yang lelaki tak puashati tu..kalau dia punya kucing tidak mati la..haha

4. Matikan Telefon

Ini perkara yang biasa2 biasa berlaku. Pompun ngan lelaki sama ja. Tapi biasanya lelaki lebih berani la kasi mati handpon..bila di tanya, jawapanya bateri habis..tapi hakikatnya malas mau dengar suara..takut tambah meletop..hehehe

5. Keluar Rumah Tanpa Beritahu (Kalau Orang Dah Kahwin )

Biasanya kalau keluar rumah mesti bagitahu punya.. tapi kalau tiba2 jak keluar rumah tanpa pemberitahuan...nah ada la tu masalah..kecualilah tandas dalam rumah rosak n mau 999 la p buang air besar kat luar rumah...hahaha

6. Moginum aka Minum Alkohol

Hahaha...ada juga ni. Untuk kasi hilang strees la ni kunu..p la mogiambalut moginum..haha

Jadi itu la antara pengalaman2 yang dikutip ni..hahaha tidak tau la kalau kamu..jadi yang perempuan perhatikanlah...banyak lagi ni tapi malas sudah saya mau taip..takut kadapatan habis ni lelaki...hahaha PEACE!

1 comment:

  1. Saya kira, ada benarnya juga apa yang dinyatakan oleh si dark ni. Memang betul lah kaum lelaki ni lebih teruk merajuknya... kalau datang. Tapi, rasanya tidak semua lelaki akan berkelakuan macam ni.
    Dari segi psikologinya, lelaki ni merupakan kaum yang lebih lasak berbanding kaum perempuan. Bermakna, lelaki sepatutnya tidak akan bertindak seperti yang dibuat kaum perempuan... seperti merajuk... masam muka... buat "don't know"... diam diri dan apa-apa "yang sewaktu dengannya".
    Biasanya lelaki yang bertindak balas dengan buat benda-benda macam ni, adalah kumpulan lelaki yang belum cukup "kelelakiannya" (bukan merujuk kepada kejantanannya...). Dengan kata lain, lelaki sedemikian belum matang sepenuhnya (fizikal dan mental) dan sebab itu masih terbawa-bawa dengan sikap "kebudak-budakan".
    Seorang lelaki yang benar-benar matang fizikal dan mentalnya biasanya tidak akan merajuk tidak tentu pasal. Sebaliknya kaum lelaki dalam kategori ini akan berasa sangat tercabar, sehinggakan dia bertindak lebih progresif (dan kadangkala agresif...) untuk membuktikan bahawa dirinya adalah lebih baik ataupun tindakannya memang betul.
    Dalam kebanyakan masa, lelaki yang mendiamkan diri pula bukanlah kerana merajuk... tetapi kerana dia memang dalam keadaan buntu dengan satu ataupun lebih masalah... berfikir dan risau tidak dapat menyelesaikannya.(lelaki memang banyak berfikir... sebab tu lah lelaki sahaja yang berisiko tinggi menghadapi keguguran rambut yang berlebihan... sampai ke tahap gundul@gampak... he..he..).
    Dan sebenarnya, lelaki yang pandai keluar rumah tiba-tiba (tanpa pengetahuan isteri...) dan kemudian ke tempat-tempat moginum dan jolly tu... juga bersangkut-paut dengan hal "masalah" ni lah...
    Berkenaan dengan mematikan talefon tu... yang ni kurang pastilah. Mungkin juga merajuk. Tetapi ikut pengalaman dan pengetahuan saya... kaum lelaki ni, kalau merajuk dengan girlfriend... biasanya tidak akan bertahan lama. Lepas tu... bila si girlfriend dia masih jual mahal AKA enggan mengalah... si lelaki tu pula yang pandai dan lebih tebal muka memujuk dan merayu-rayu girlfriend dia. Bukankah? Kecuali si lelaki ni memang jenis yang tidak kisah kerana di kiri, kanan dan belakang dia masih ramai yang standby... banyak pilihan.

    Itu pandangan sayalah, mungkin yang lain di luar sana kurang setuju..??? Bah apa lagi... bagilah ulasan lagi sama c dark ni... he..he... :-)

    ReplyDelete