ANTARA SEMUA PERTIMBANGAN YANG KITA BUAT DALAM KEHIDUPAN, TIADA YANG SEPENTING PERTIMBANGAN YANG KITA BUAT TERHADAP DIRI KITA SENDIRI

Thursday, February 12, 2009

Pengalaman Pertama Seorang Gadis, Mungkin Juga Anda

Sebaik sahaja anda baring, anda mula merasakan otot-otot anda mula menegang. Anda cuba mengelak dengan memberi alasan, tetapi dia enggan menerima alasan anda bahkan semakin merapati anda. Dia bertanyakan anda takut, tetapi anda dengan berani menggelengkan kepala. Jari jemarinya mula meneroka untuk mencari apa yang dihajati. Dan kali pertama jarinya menyentuh tempat yang betul. Semakin dalam dalam dia menusuk, semakin kuat aku mengerang. Tetapi dia masih dengan sikapnya dan melakukannya dengan selembut yang boleh seperti yang dijanjikan. Dia merenung jauh ke dalam mata anda dan mahu anda percayakanya. Ini bukan kali pertama bagi dirinya.

Dia Tersenyum dan anda memberi lebih ruang masuk kepadanya. Anda mula merayu agar dia mempercepatkannya. Tetapi dia masih lagi melakukannya dengan perlahan agar anda merasakan kesakitan yang minimum. Semakin dalam tusukannya semakin anda merasakan tisu-tisu koyak. Kesakitan makin terasa diikuti dengan sedikit darah mengalir. Dia merenung kepada anda dan bertanyakan adakah ia menyakitkan?. Mata anda digenangi dengan airmata tetapi anda menggelengkan kepala dan mahu dia terus melakukannya. Dia meneruskan dengan apa yang patut dilakukan. Terus keluar masuk, tetapi anda sudah mula merasa kebas dan tidak lagi merasakan apa-apa. Beberapa ketika kemudian anda merasakan sesuatu memancut dan dia mengeluarkannya dari anda. Anda terbaring dengan wajah yang pucat. Dia menghamparkan sekuntum senyuman kepada anda dan mengatakan anda adalah antara yang terdegil tetapi banyak memberikan pengalaman. Anda hanya tersenyum tawar dan juga inilah pengalaman pertama anda. Dengan senyuman tawar, anda pun mengucapkan terima kasih kepada doktor gigi anda...hahahaha apa suday da'a yang kamurg fikir tu....

No comments:

Post a Comment