ANTARA SEMUA PERTIMBANGAN YANG KITA BUAT DALAM KEHIDUPAN, TIADA YANG SEPENTING PERTIMBANGAN YANG KITA BUAT TERHADAP DIRI KITA SENDIRI

Monday, February 9, 2009

Dakwa Sultan...???

Sampai ke saat ini isu lompat parti masih lagi hangat diperkatakan..boring2!!! dan yang lebih hangat lagi isu ahli politik nak dakwa Sultan! Boleh kerrr??!!! tak ada dalam perlembagaan Malaysia orang awam boleh mendakwa Sultan. Orang ni dah hilang akal agaknya...mungkin tak tau sejarah penubuhan negara Malaysia.
Selama ni negara kita aman damai kerana dengan adanya sistem pemerintahan demokrasi raja berperlembagaan..Mungkin orang ni tak tahu membezakan sistem pemerintahan secara beraja atau berpresiden. Orang2 yang tinggal ditengah hutan mungkin lagi memahami konsep pemerintahan beraja ini berbandingang dengan orang yang berkenaan ini..
Sebenarnya saya tak faham...apa lagi yang orang berkenaan ni nak..tak cukup ke dah ada duit banyak, kereta banyak, rumah besar2 malahan kehidupan pun lengkap serba serbi tapi tak habis2 nak menghasut rakyat untuk memporak porandakan negara..yang rakyat ni pun satu..sudahlah mungkin hidup susah nak pula ikut2 porak porandakan negara..tak payahlah...kalau nak memperjuangkan ideologi parti ikutan masing2 pun janganlah sampai keamanan negara kita yang selama ini kita nikmati dihancurkan..ikut saluran yang betul...bukan budaya negara kita buat demonstrasi dijalanan..bersyukurlah dengan apa yang ada..
Bagi saya keamanan sesebuah negara itu adalah tunjang kemajuan, kecemerlangan negara dan diri kita. selagi negara kita aman, selagi itulah kita bebas mencari rezeki yang halal. Eh!!! takut pula aku kalau negara kita jadi macam di gaza...kmurang tidak takutkah..fikir2kanlah.
Apapun bagi saya..orang2 sabah lagi sporting n matang kalau pasal politik...iyelah..masa pilihanraya masing2 memperjuangkan parti pilihan masing2..tapi bila da habis ja..wah!! minum sama2 sagantang..
hahahaha

No comments:

Post a Comment