Sunday, November 22, 2009
SUHAKAM
SUHAKAM atau nama penuhnya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia ditubuhkan oleh Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597, yang telah diwartakan pada 9 September 1999. Akta ini mentakrif "hak asasi manusia" sebagai merujuk kepada "kebebasan asas sebagimana yang termaktub dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan". Fungsi SUHAKAM sebagaimana dinyatakan dalam Seksyen 4(1) adalah :-
1. Untuk memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan berhubung hak asasi manusia.
2. Untuk menasihati dan membantu kerajaan dalam merumuskan perundangan dan arahan
dan tatacara pentadbiran dan mengesyorkan langkah-langkah perlu diambil.
3. Untuk mengesyorkan kepada kerajaan berkenaan dengan penandatanganan atau
penyertaan dalam perjanjian dan suratcara antarabangsa dalam bidang hak asasi
manusia.
4. Untu menyiasat aduan berkenaan dengan hak asasi manusia.
Berikut adalah sebahagian daripada perisytiharan hak asai manusia sejagat ;-
1. Hak untuk hidup, kebebasan dan keselamatan diri terjamin.
2. Hak untuk dilindungi oleh undang-undang yang sama rata.
3. Hak kebebasan berfikir, kesedaran dan beragama.
4. Hak kebebasan memberi pendapat dan bersuara.
5. Hak kebebasan daripada gangguan sembarangan terhadap keadaan peribadi, keluarga, kediaman dan surat menyurat atau pencerobohan ke atas maruah dan nama baik.
6. Hak kebebasan bergerak dan bermastautin dalam negara sendiri
dan banyak lagi (lebih kurang 30) sebenarnya hak-hak kita yang boleh kita tuntut dalam negara kita sekiranya berkaitan dengan diri kita. Untuk keterangan lanjut sila layari laman web SUHAKAM di http://www.suhakam.org.my.
Apa yang perlu kita ketahui sebenarnya ialah SUHAKAM merupakan sebuah badan berkecuali seperti SPRM. Tidak kena mengena dengan kerajaan mahupun pembangkang.
Monday, November 9, 2009
Andasaan ku om obuli...?!
Alkisahnya ada seorang aman di sebuah kampung d pedalaman sabah. Beliau ini beriya-iya benar nak mendengar pembentangan bajet 2010 yang telah disampaikan oleh YAB PM kita. Jadi c aman ini pun pasanglah radio kuat2 semata-mata nak dengar pembentangan. Habis saja pembentangan bajet 2010 c aman terus pigi minum di kedai kopi dan memanggil beberapa kawanya. C aman pun ceritalah pasal bajet. C aman cakap bajet kali ini banyak menguntungkan rakyat terutama masyarakat di dalam daerah pedalaman. So c aman pun mungkin berangan-anganlah mau buka kolam ikan, mau minta bantuan tanam sawit, dsbgnya.
Oleh kerana tidak kesabaran, keesokan harinya c aman pigilah di pejabat yg berkenaan. Tapi c aman kecewa kerana semua pejabat tutup sebab hari 6. Jadi mau tidak mau c aman kena tunggu juga hari isnin. Jadi bila sampai hari isnin, c aman awal lagi bangun semata-mata nak ke pejabat yg berkenaan. Jadi memandangkan dia tinggal d kawasan pedalaman, beliau terpaksa sewa kereta. Pejabat pertama yg c aman pigi ialah pejabat perikanan. C aman terus jumpa pegawai yg berkenaan dan mulalah bercerita mengenai perancangannya dengan penuh bersemangat. Sudah c aman bercerita panjang lebar tiba-tiba pegawai tersebut mencelah.."Aman ko ada geran tanah kah?" c aman jawab "Tiada bah tuan"..Terus c pegawai senyum lalu berkata "Aman biarpun banyak perancangan kau kalau kau tiada geran tanah, susah juga itu. Tidak buli ba." c aman menjawab " Habis itu pembentangan bajet 2010 tiada sebut pun pasal geran tanah. PM cakap semua rakyat yang miskin boleh minta itu purujik". C pegawai pula menjwab "amannn...lama sudah itu peraturan begitu.."
memandangkan c aman tidak puashati, dia pigi lagi pejabat yang lain..Jawapan tetap sama. C aman pun mengeluh dengan nada yg sedih dan kecewa...aduiiiii na...sya pikir buli?!
Jadi rakan-rakan semua..sedar tidak sedar rakyat d negeri sabah ni masih ramai yang tidak mempunyai geran tanah sendiri. Malahan mungkin ada yang belum mempunyai geran tanah sejak sabah merdeka lagi. Kalau tempat sya (entilibon) perkara ini sudah berlarutan dari tahun 1973 lagi. Kalau ikut 20perkara tidak patut berlaku perkara kelewatan pengurusan geran tanah ini kerana tidak melibatkan kerajaan persekutuan. Pemimpin2 kg sudah jemu nak berurusan dengan pihak yg berkenaan. Asal urus mesti ada saja alasan dari pihak yg berkenaan. Kalau ditaburkan duit, brangkali cepat tu siap.
kalau berdasarkan cerita diatas tu, maka sasaran beberapa cadangan bajet 2010 tidak akan tercapai. Melainkan kerajaan ada cara lain untuk menyelesaikan masalah berkaitan dengan geran tanah ini.
Sekian
RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
Wednesday, August 5, 2009
Asal Usul Nama Kampung Simpang Entilibon
Kampung Entilibon terletak dalam Daerah Tongod, kira-kira 135 km dari Bandar Sandakan. Pada waktu dahulu, kampung ini telah di serang wabak malaria sehingga menyebabkan ramai penduduknya meninggal dunia. Keadaan ini menyebabkan penduduk kampung ini berpindah ke tempat lain kerana tidak sanggup dengan keadaan ketika itu.
Perpindahan ini menimbulkan ungkapan sontilib-tilib dalam bahasa Kadus yang bermaksud bertempiaran (run apart). Ungkapan ini juga boleh diertikan sebagai berterbangan, iaitu sama dengan keadaan penduduk kampung yang berpindah ke tempat-tempat lain. Di fahamkan ada penduduk asal kampung ini berpindah sehingga ke Daerah Keningau. Terdapat juga cerita yang mengatakan sebuah kampung baru telah di bentuk tidak jauh dari kedudukan kampung ini (di kenali sekarang sebagai Kampung Sanan). Kampung ini diberi nama Kampung Sanan disebabkan oleh ungkapan no’insanan dalam bahasa Kadus yang bermaksud semua. Ini kerana hampir semua penduduk kampung yang di serang wabak malaria tadi berpindah ke kawasan baru tersebut.
Selepas beberapa tahun kampung tersebut di tinggalkan, tiada seorang pun yang berani menetap kembali kerana takut terkena wabak malaria. Keadaan ini juga turut menimbulkan ungkapan pintoliban dalam bahasa Kadus yang bermaksud tidak di singgahi. Keadaan ini berterusan sehinggalah ada sekumpulan peneroka yang datang dan menetap di kawasan kampung tersebut. Ungkapan pintolibanini juga lama-lama berubah menjadi entilibon sehinggahlah sekarang.
Berdasarkan cerita En. Jaini Sayang. (BSK)
Saturday, July 11, 2009
Monday, June 22, 2009
Indahnya ciptaan Tuhan...
Friday, June 19, 2009
Sini Sana Sukan SAGA IV

Nah..c Dark sempat mengambil kesempatan bergambar bersama-sama dengan "Orang Kita" Abu Bakar Ellah..
Bergambar bersama-sama dengan pemegang sepanduk Tongod. Turut kelihatan, Cikgu Sarifuddin dan Tuan Pegawai KBS Tongod, Encik Patrick Suhaimi.Bergambar bersama-sama dengan Olahragawati SAGA IV (sedang memegang piala ) dari Daerah Ranau.
YB Kuamut, Encik Masiung Banah sempat meluangkan masa melawat kontijen Tongod sebelum acara penutupan dilangsungkan.
Thursday, June 18, 2009
Kilauan Emas Pertama Tongod Dari Gelanggang Sepak Takraw
Tekong marabahaya..Stella bersedia mengambil servis bola.

Penyokong setia Pasukan Tongod, pelajar2 ILP Sandakan..
Gambar kenangan..Juara Sepak Takraw SAGA IV.
Tuesday, June 16, 2009
Sukan Saga IV Final Bolasepak Wanita-DBKK vs Tongod
Pemain DBKK dan Tongod sedang berbaris untuk masuk ke padang
Bergambar bersama-sama dengan pemain simpanan Tongod. Baju hitam lelaki ( c Dark ), baju hitam perempuan ( Cik Mary ).
Kesimpulannya, bagi saya DBKK memang layak untuk menjuarai Bolasepak SAGA Wanita tahun ini kerana disebabkan oleh beberapa faktor. Walau bagaimanapun pencapaian pasukan dari Tongod yang saya anggap sebagai pasukan underdog dan baru kali menyertai pertandingan ini sehingga ke peringkat akhir adalah cukup mengejutkan dan layak untuk diberikan pujian.
Wednesday, June 10, 2009
Sukan SAGA IV Bola Sepak Wanita Separuh Akhir Tongod vs Keningau
Fredolin pertahanan kental pasukan Tongod..gaya superstar kaitu atau unduk ngadau...hehehe aturrrrr dollyn (ok ba kalo ko)
Ketua pasukan Tongod, Stella sedang bersaing menanduk bola
Bergambar bersama-sama dengan team bolasepak Sandakan. Thanks 4 the sokongan..Bergambar bersama-sama dengan YB Masiung Banah (baju putih ) berserta dengan pengurus Encik Elisa Reyz Samun ( 9 dari kanan ), jurulatih, Pegawai KBS Tongod Encik Patrick Suhaimi (7 dari kiri ), Pengawai KBS Kinabatangan (baju warna hijau) dan peminat. Turut kelihatan mantan YB Kuamut, Ybhg Johnny Intang (kiri sekali). Dua dari kiri..Cikgu Sarifuddin, fisioterapi terbaik...hehehe relaks cikgu
Tahniah...tahniah kerana berjaya melangkah ke FINAL..
Nothing is impossible...
Tongod Boleh...
Sukan SAGA IV Bola Sepak Wanita Bfort vs Tgd
Pasukan Tongod dan Beufort bergambar bersama sebelum permainan dimulakan.
Pemain sempat berpose sebelum game dimulakan..dari kiri Epy, Ruzi, Nor Fadlina (phewittt), Along(penjaring terbanyak dalam perlawanan ini -7 jaringan), Carol, Viarita dan Melisa
Bergambar kenangan bersama-sama dengan YB Masiung Banah ( 7 dari kanan ), Adun N.47 Kuamut, Pengurus Pasukan, Jurulatih2 serta orang-orang kuat bolasepak Zon Tongod
Kemenangan ini membolehkan pasukan Daerah Tongod melangkah ke pusingan seterusnya iaitu separuh akhir...
Tahniah di atas kejayaan melangkah ke separuh akhir.....
Tongod Bolehh.....
SAGA IV Bolasepak Wanita KK vs TGD
Antara pemimpin- pemimpin masyarakat yang turut hadir menyaksikan perlawanan ini. Kelihatan Tuan PKR, Encik Sunsing Pitalai, Pemaju Mukim Tongod, Encik Laising, Pegawai KBS Daerah Tongod, Encik Patrick dan
YB Masiung Banah ADUN N.47 Kuamut turut hadir menyaksikan perlawanan ini. Beliau sedang memberikan kata2 nasihat selepas perlawanan
Tuesday, June 9, 2009
SAGA IV 2009 Zon Tongod
Segelintir atlet merangkap penyokong setia kepada pasukan sepak takraw zon Tongod..Zon Tongod berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir dengan memenangi semua perlawanan dalam kumpulan.
Sesi latihan. Kelihatan En. Saimon Dundoi memberikan sedikit kata2 perangsang kepada para pemain. Turut kelihatan Cikgu Geofrey, ketua jurulatih dan Encik Erick Ukil
Antara orang kuat Team Bolasepak Wanita Zon Tongod,
dari kiri Cikgu Geofrey, Encik Erick Ukil, Encik Saimon Dundoi dan Encik Amrie
Maskot Sukan SAGA IV sedang beraksi semasa perasmian sukan SAGA
Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan mewakili YAB Ketua Menteri Sabah merasmikan pembukaan Sukan SAGA IV. Turut kelihatan YB Datuk Peter Pang, Timb. Ketua Menteri merangkap Menteri Belia dan Sukan Sabah
Tuesday, May 19, 2009
Negara Malaysia Akan Datang..??
Manchester United Juara BPL 08/09

Wednesday, April 29, 2009
Monday, April 13, 2009
Jalan o Jalan...
.jpg)

Selain daripada penduduk kampung di sini yang terjejas, kakitangan awam yang bertugas di kawasan ni pun turut juga terjejas. Untuk pengetahuan, Kg Kironggu ini terletak kira-kira 237km ke sandakan dan kira2 298km ke k.kinabalu dan mempunyai 1 prasarana kerajaan sahaja iaitu sekolah..guru2 yang bertugas d sekolah ini terpaksa mengharungi semua cabaran ini untuk sampai ke destinasi mereka, apa lagi pada musim hujan.
.jpg)
.jpg)

Wednesday, March 4, 2009
Penyebaran HIV...
1. Di kawasan pantai. Apabila andaberjalan di pantai sila pakai seliparatau kasut, ada penagih dadah yangmelakukan aktiviti di tepi pantaidanmenimbu s jarum penyuntik didalam pasir. Penyun tik ini kemudiannyaterde dah akibat ombak.
2. Di kawasan permainan kanak-kanak.Satulagi kawasan pilihan penagih.T erdapatkes di Australia di mana kanak-kanak ygtak berdosa telah tercucuk jarumpenyuntik apabilabeliau turun daripada papan lunsur&kemud iannya didapati HIV positif.
3. Di panggung wayang. Sila pastikankerusi yg anda duduki. Kes yang terjadiapabila seorang perempuan duduk dikerusi beliau dan terasa sesuatu bendamencucuk. Beliau berdiridan mendapati ada penyuntik dan notaberbunyi ‘Welcome to the real world, youare now HIV positive’ .Doktor telahmemeriksa jarum tersebut & mengesahkanianya terdapat virus HIV. Ianya berlakudi Hawai jadi berhati-hati … …
4. Di Georgia & Florida , ada kesmenunjukkan pesakit HIV meletakkanpenyun tik di dalam tempat mengembalikan syiling, mesin air minuman…jadipa stikan bila anda membeli airatau kandi, perhatikan betul-betul tempat mengembalikan w ang syiling….mungk in terdapat jarum penyuntikdidalam nya.
5. Di restoran Burger King, pesakit HIVyang juga pekerjanya meleta kkan sedikitdarah di dalam burger & mencampurkandeng an mayonis dan salad. Ianya sepertisos. Jadi cuba jangan pesan burgerdengan mayonis & sos Order di tempat lain.
Ini adalah nyawa anda. Sila ‘foward’maklumat ini sebanyak mungkin kepadaorang lain, especially orang yang andacintai, anak anda dan sesiapa saja…
Kenapa Kamu Di sini....
"Cuba sebutkan individu yang terlibat dengan perjanjian pangkor!"
"Maaf, saya tidak tau..encik!"
"Apa? tidak tahu? Baiklah, kalau begitu sebutkan saja tahun berapa perjanjian itu ditandatangani?"
"Maaf saya tidak tau...encik"
"Tidak tahu sama sekali? Maklumat itu kan saya dah berikan untuk dibaca minggu lalu. Jadi untuk apa kamu datang ke sini kalau kamu tidak tahu?!"
"Mahu memeriksa kabel lampu encik...saya petugas TNB"
Timbang Berat...
setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. setelah memasukkan wang RM1.00...mesin itu mengeluarkan jawaban... " Adoii!! tolong naik sorang-sorang...jangan ramai-ramai!!"
Dengan Penuh Senyuman...
"Adalah menjadi suatu penghormatan bagi kita jika dapat membayar yuran persatuan dengan penuh senyuman" kata pemimpin.
Tiba-tiba dari barisan belakang terdengar suara menjerit kegembiraan...
"Oh!!..syukur pada Tuhan...mulanya saya sangka yang yuran mesti dibayar dengan wang..."
Tuesday, February 24, 2009
Lawak Pak Pandir (part ii)
Lawak Pak Pandir (part i)
Pak Pandir : Awak ada jual tv warna ka ?
Penjual : Ada...
Pak Pandir : Kasi saya tv warna hijau...
Diam....
Al kisahnya seorang ibu muda berjumpa dengan kawanya yang kebetulan seorang doktor. Ketika rncak bersembang, anak kecil si ibu tadi sibuk menggeledah makmal kecil di rumah doktor berkenaan. Si ibu tersebut tidak pula melarang anaknya yang semakin lama semakin rancak menggeledah bilik yang di penuhi botol-botol ubat. Doktor tersebut tidak berkata apa-apa tentang kenakalan anak si ibu tadi.
"Pranggg!!!" Bunyi botol pecah. Barulah si ibu bersuara , " Saya harap awak tak kisah dengan anak saya tu. Dia memang nakal sikit, biasalah budak-budak!."
"Ehh! tak apa. nanti sampai kat botol racun tu, diamlah dia," kata doktor tersebut."
Friday, February 20, 2009
Tanda-Tanda Lelaki Tersinggung...Betul Kerr?

Lelaki kalau tersinggung lebi teruk dari pompuan..betul ke? Kalau lelaki tersinggung atau marah kan jarang la bah yang mau kasi tapuk-tapuk perasaan dorg..hehehe mengikut pengalaman saya la..sampai ada yang mau menunjukkan protes supaya orang yang telah menyinggung perasaan tahu apa yang dilakukan..mengikut aku punya pengalaman, ni la tanda2 lelaki tersinggung atau merajuk atau marah...
- 1. Masam Muka
- Ini adalah tindakan yang amat biasa bagi lelaki sekiranya tersinggung..Sudahlah tidak mau bercakap, siap tarik2 muka lagi tu..tak puas hati la kunun..tapi biasalah kalau masam2 muka ni..lelaki dengan pompuan sama ja..jadi kalau sudah muncung tu takkan tak fahm-faham kan...hahaha
2. Buat Tak Tahu
Bila lelaki pura-pura pekak padahal tidak pekak macam kamu tak wujud ja di depannya, nah tu pun protes juga tu...Biasanya kalau baru becinta-cinta tu, si lelaki ni pantang disuruh..apa saja yang disuruh pigi ja tu..no hal punya...hahaha tapi kalau sudah tersinggung, atokoi minta tolong2 yang kecil2 pun macam tida mau tu...
3. Diam Seribu Bahasa
Nah ini lagi...Kalau baru becinta pun begitu juga, biasanya lelaki ni tidak pandai berhenti bercakap atau berlawak jenaka. Tapi kalau lelaki tiba2 diam ja tu, lepastu macam malas ja mau bercakap...emmm adalah la yang lelaki tak puashati tu..kalau dia punya kucing tidak mati la..haha
4. Matikan Telefon
Ini perkara yang biasa2 biasa berlaku. Pompun ngan lelaki sama ja. Tapi biasanya lelaki lebih berani la kasi mati handpon..bila di tanya, jawapanya bateri habis..tapi hakikatnya malas mau dengar suara..takut tambah meletop..hehehe
5. Keluar Rumah Tanpa Beritahu (Kalau Orang Dah Kahwin )
Biasanya kalau keluar rumah mesti bagitahu punya.. tapi kalau tiba2 jak keluar rumah tanpa pemberitahuan...nah ada la tu masalah..kecualilah tandas dalam rumah rosak n mau 999 la p buang air besar kat luar rumah...hahaha
6. Moginum aka Minum Alkohol
Hahaha...ada juga ni. Untuk kasi hilang strees la ni kunu..p la mogiambalut moginum..haha
Jadi itu la antara pengalaman2 yang dikutip ni..hahaha tidak tau la kalau kamu..jadi yang perempuan perhatikanlah...banyak lagi ni tapi malas sudah saya mau taip..takut kadapatan habis ni lelaki...hahaha PEACE!