ANTARA SEMUA PERTIMBANGAN YANG KITA BUAT DALAM KEHIDUPAN, TIADA YANG SEPENTING PERTIMBANGAN YANG KITA BUAT TERHADAP DIRI KITA SENDIRI

Sunday, November 22, 2009

SUHAKAM

Pasti ramai diantara kita tahu akan kewujudan SUHAKAM ini tetapi ramai yang tak tahu fungsi SUHAKAM sebenar-benarnya. Di sini saya akan berkongsi sedikit mengenai hasil dapatan saya semasa menghadiri Program SUHAKAM Bersama Rakyat Di Dearah Telupid pada 12 November 2009 yang lalu.

SUHAKAM atau nama penuhnya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia ditubuhkan oleh Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597, yang telah diwartakan pada 9 September 1999. Akta ini mentakrif "hak asasi manusia" sebagai merujuk kepada "kebebasan asas sebagimana yang termaktub dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan". Fungsi SUHAKAM sebagaimana dinyatakan dalam Seksyen 4(1) adalah :-
1. Untuk memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan berhubung hak asasi manusia.
2. Untuk menasihati dan membantu kerajaan dalam merumuskan perundangan dan arahan
dan tatacara pentadbiran dan mengesyorkan langkah-langkah perlu diambil.
3. Untuk mengesyorkan kepada kerajaan berkenaan dengan penandatanganan atau
penyertaan dalam perjanjian dan suratcara antarabangsa dalam bidang hak asasi
manusia.
4. Untu menyiasat aduan berkenaan dengan hak asasi manusia.

Berikut adalah sebahagian daripada perisytiharan hak asai manusia sejagat ;-

1. Hak untuk hidup, kebebasan dan keselamatan diri terjamin.
2. Hak untuk dilindungi oleh undang-undang yang sama rata.
3. Hak kebebasan berfikir, kesedaran dan beragama.
4. Hak kebebasan memberi pendapat dan bersuara.
5. Hak kebebasan daripada gangguan sembarangan terhadap keadaan peribadi, keluarga, kediaman dan surat menyurat atau pencerobohan ke atas maruah dan nama baik.
6. Hak kebebasan bergerak dan bermastautin dalam negara sendiri

dan banyak lagi (lebih kurang 30) sebenarnya hak-hak kita yang boleh kita tuntut dalam negara kita sekiranya berkaitan dengan diri kita. Untuk keterangan lanjut sila layari laman web SUHAKAM di http://www.suhakam.org.my.

Apa yang perlu kita ketahui sebenarnya ialah SUHAKAM merupakan sebuah badan berkecuali seperti SPRM. Tidak kena mengena dengan kerajaan mahupun pembangkang.

2 comments:

  1. Ya benar...saya tahu akan kewujudan SUHAKAM ini tetapi kurang tahu pula fungsinya. I find this entry very useful. Thank you Sir.

    ReplyDelete
  2. yeazer honey..untuk menjadi panduan kita bah ni..sekurang-kurangnya kita tahu hak kita tinggal d Malaysia kan..:-)

    ReplyDelete