ANTARA SEMUA PERTIMBANGAN YANG KITA BUAT DALAM KEHIDUPAN, TIADA YANG SEPENTING PERTIMBANGAN YANG KITA BUAT TERHADAP DIRI KITA SENDIRI

Tuesday, June 16, 2009

Sukan Saga IV Final Bolasepak Wanita-DBKK vs Tongod

Perlawanan final bolasepak wanita di antara DBKK menentang Tongod telah diadakan pada 12.06.2009 bertempat di Kompleks Sukan Sandakan. Bagi saya, perlawanan ini merupakan perlawanan ulangan antara kedua-dua pasukan yang sebelum ini telah bertemu dalam perlawanan kumpulan. Pada awal-awal lagi saya telah menjangkakan bahawa DBKK akan memenangi perlawanan ini berdasarkan rekod perlawanan mereka sepanjang kejohanan dan barisan pemain yang dimiliki(kalau tidak silap 7 atau 8 pemain kebangsaan ) dan telah sekian lama berlatih (tidaklah keterlaluan kalau DBKK ini sebenarnya merupakan pasukan kebangsaan ), berbanding dengan pemain Tongod yang hanya bermain di peringkat kampung serta memiliki barisan pemain yang kurang berpengalaman dan baru sahaja satu atau dua bulan berlatih.

Walau bagaimanapun, Pasukan Tongod merupakan satu-satunya pasukan yang berjaya membolosi kekebalan pasukan DBKK. Selain itu terdapat beberapa faktor penyebab kemenangan DBKK ini. Antaranya ialah, DBKK mempunyai kemudahan (fasiliti) yang lengkap, jurulatih yang berpengalaman, kelengkapan latihan yang baik, dan mempunyai banyak atau ramai pilihan untuk membarisi pasukan DBKK ini. Berbanding dengan Tongod yang hanya mempunyai padang tanah, peralatan yang tidak lengkap serta pilihan pemain yang amat terhad berbanding dengan daerah-daerah lain. Tidak keterlaluan kalau saya cakap, daerah Tongod merupakan daerah yang paling kecil bertanding dalam Sukan SAGA ini.

Bagi saya, melangkah ke final pun sudah cukup manis. Sekurang-kurangnya pihak SAFA terbuka minda dan mula memandang daerah Tongod sebagai antara daerah yang boleh menyumbang pemain bolasepak wanita ke peringkat yang lebih tinggi.

Berikut adalah beberapa gambar yang sempat diambil sebelum, semasa dan selepas perlawanan final ini.
Tuan Pegawai KBS Tongod, Encik Patrick Suhaimi memberikan nasihat dan kata2 semangat sebelum perlawanan dimulakan. Turut kelihatan mantan ADUN Kuamut, Ybhg Johnny Intang, Cikgu Geofrey dan Encik Laising Podok.


Pemain DBKK dan Tongod sedang berbaris untuk masuk ke padang


Bergambar bersama-sama dengan pemain simpanan Tongod. Baju hitam lelaki ( c Dark ), baju hitam perempuan ( Cik Mary ).

Kesimpulannya, bagi saya DBKK memang layak untuk menjuarai Bolasepak SAGA Wanita tahun ini kerana disebabkan oleh beberapa faktor. Walau bagaimanapun pencapaian pasukan dari Tongod yang saya anggap sebagai pasukan underdog dan baru kali menyertai pertandingan ini sehingga ke peringkat akhir adalah cukup mengejutkan dan layak untuk diberikan pujian.

No comments:

Post a Comment