ANTARA SEMUA PERTIMBANGAN YANG KITA BUAT DALAM KEHIDUPAN, TIADA YANG SEPENTING PERTIMBANGAN YANG KITA BUAT TERHADAP DIRI KITA SENDIRI

Wednesday, February 15, 2012

Politik ooo Politik

Hi...lama tak update blog ni. Biasalah sibuk dan takda idea nak update. Idea menulis ni pun muncul sebab dalam Facebook sekarang ni heboh dan kacau dengan cerita2 politik yg sama ada boleh pakai atau tidak..Secara realitinya kita sebenarnya tak boleh lari daripada politik. Mana2 ada politiknya. Keluarga ka, tempat kerja ka even institusi keagamaan sekalipun ada politiknya

Sejak kebelakangan ni selalu benar mendengar ramai a.k.a banyak HERO yg muncul. Tak kiralah dari pihak kerajaan atau pihak bukan kerajaan. Masing-masing dengan agenda sendiri dan berani menabur janji..ADUHAI....boleh ka janji itu dipenuhi, ditunaikan. Bak kata pepatah, BERJANJI BIARLAH BERPADAH-PADAH..atau brgkali KERANA MULUT BADAN BINASA ataupun lagi brgkali MELUDAH KE LANGIT AKHIRNYA JATUH KE MUKA SENDIRI. Kadang2 panas juga melihat post2, komen2 dari org berkaitan dengan isu2 politik masa kini. Tidak ketinggalan peribadi tertentu pun turut dihina terutamalah brgkali YB2. Nasihat saya sebagai orang biasa, BERPOLITIKLAH SEPERTI ORANG DEWASA, BERPOLITIKLAH DENGAN PENUH ETIKA dan BERPOLITIKLAH IKUT CARA KITA..lagi SEBAGAI SEORANG AHLI POLITIK YANG MATANG DAN PROFESIONAL, JANGANLAH HANTAM HAL PERIBADI ORANG. KALAU MAU HANTAM ITU DASAR KERAJAAN BARU NGAM..hehehe

Sedar tak sedar pilihanraya makin menjelang tiba. sedar tak sedar juga, sejak kebelakangan ini mcm ramai penjawat awam yg mahu menentang kerajaan sedia ada yg selama ini mereka "saya yg menurut perintah" dan malahan ada brgkali yg sanggup berhenti untuk mahu menjadi calon. Apakah sebabnya? Adakah gaji tak cukup? Adakah mereka disisihkan? dan pada akhirnya adakah mereka ini benar2 ikhlas memperjuangkan hak kita seperti yg mereka canang2kan? Atau adakah mereka "tamaha"? Atau adakah mereka ada agenda tersembunyi? Atau ada dendam kesumat yg perlu dilangsaikan? Ataupun mereka ini sudah terlampau banyak duit sehingga tidak tau mana nak simpan duit mereka? Apa2 pun, kerajaan must do something. Kena buat analisis a.k.a kajian kenapa ramai atau ada penjawat awam begitu. Anyway terpulanglah kepada individu itu sebenarnya..:-)

Jauh disudut hati, saya sebenarnya nak melihat pihak bukan kerajaan menang pilihanraya kali ini. Bukanya kerajaan sekarang tidak baik, tapi apa yg pihak bukan kerajaan selalu canang2kan lebih baik daripada perancangan kerajaan sekarang. TAPI apabila difikirkan semula janji2 yg ditaburkan mcm sudah terlalu banyak. Bolehkah kamu tlg itu org kampung yg telah kamu bilag dirampas tanahnya oleh syarikat? Boleh ka kamu tlg org kampung yg sejak tahun 1973 geran tanah belum keluar? Kalau boleh, apa jaminanya? Jangan lg cakap kasi can dulu sya menang baru ada cerita. Lapuk sudah itu :-) belum jadi YB pun boleh tlg rakyat kalo betul2 ikhlas bah kan :-)

Pada akhirnya...SEKIAN DAN TERIMA KASIH!

No comments:

Post a Comment