Pasti ramai diantara kita tahu akan kewujudan SUHAKAM ini tetapi ramai yang tak tahu fungsi SUHAKAM sebenar-benarnya. Di sini saya akan berkongsi sedikit mengenai hasil dapatan saya semasa menghadiri Program SUHAKAM Bersama Rakyat Di Dearah Telupid pada 12 November 2009 yang lalu.
SUHAKAM atau nama penuhnya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia ditubuhkan oleh Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597, yang telah diwartakan pada 9 September 1999. Akta ini mentakrif "hak asasi manusia" sebagai merujuk kepada "kebebasan asas sebagimana yang termaktub dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan". Fungsi SUHAKAM sebagaimana dinyatakan dalam Seksyen 4(1) adalah :-
1. Untuk memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan berhubung hak asasi manusia.
2. Untuk menasihati dan membantu kerajaan dalam merumuskan perundangan dan arahan
dan tatacara pentadbiran dan mengesyorkan langkah-langkah perlu diambil.
3. Untuk mengesyorkan kepada kerajaan berkenaan dengan penandatanganan atau
penyertaan dalam perjanjian dan suratcara antarabangsa dalam bidang hak asasi
manusia.
4. Untu menyiasat aduan berkenaan dengan hak asasi manusia.
Berikut adalah sebahagian daripada perisytiharan hak asai manusia sejagat ;-
1. Hak untuk hidup, kebebasan dan keselamatan diri terjamin.
2. Hak untuk dilindungi oleh undang-undang yang sama rata.
3. Hak kebebasan berfikir, kesedaran dan beragama.
4. Hak kebebasan memberi pendapat dan bersuara.
5. Hak kebebasan daripada gangguan sembarangan terhadap keadaan peribadi, keluarga, kediaman dan surat menyurat atau pencerobohan ke atas maruah dan nama baik.
6. Hak kebebasan bergerak dan bermastautin dalam negara sendiri
dan banyak lagi (lebih kurang 30) sebenarnya hak-hak kita yang boleh kita tuntut dalam negara kita sekiranya berkaitan dengan diri kita. Untuk keterangan lanjut sila layari laman web SUHAKAM di http://www.suhakam.org.my.
Apa yang perlu kita ketahui sebenarnya ialah SUHAKAM merupakan sebuah badan berkecuali seperti SPRM. Tidak kena mengena dengan kerajaan mahupun pembangkang.
Sunday, November 22, 2009
Monday, November 9, 2009
Andasaan ku om obuli...?!
Ini ada 1 kisah benar yg saya akan paparkan dan ceritakan..cerita ini panjang, walau bagaimanapun sya akan ringkaskan tanpa mengubah fakta. Cerita ini bagi sya adalah penting untuk kita fikirkan bersama dan mencari jalan penyelesaian.
Alkisahnya ada seorang aman di sebuah kampung d pedalaman sabah. Beliau ini beriya-iya benar nak mendengar pembentangan bajet 2010 yang telah disampaikan oleh YAB PM kita. Jadi c aman ini pun pasanglah radio kuat2 semata-mata nak dengar pembentangan. Habis saja pembentangan bajet 2010 c aman terus pigi minum di kedai kopi dan memanggil beberapa kawanya. C aman pun ceritalah pasal bajet. C aman cakap bajet kali ini banyak menguntungkan rakyat terutama masyarakat di dalam daerah pedalaman. So c aman pun mungkin berangan-anganlah mau buka kolam ikan, mau minta bantuan tanam sawit, dsbgnya.
Oleh kerana tidak kesabaran, keesokan harinya c aman pigilah di pejabat yg berkenaan. Tapi c aman kecewa kerana semua pejabat tutup sebab hari 6. Jadi mau tidak mau c aman kena tunggu juga hari isnin. Jadi bila sampai hari isnin, c aman awal lagi bangun semata-mata nak ke pejabat yg berkenaan. Jadi memandangkan dia tinggal d kawasan pedalaman, beliau terpaksa sewa kereta. Pejabat pertama yg c aman pigi ialah pejabat perikanan. C aman terus jumpa pegawai yg berkenaan dan mulalah bercerita mengenai perancangannya dengan penuh bersemangat. Sudah c aman bercerita panjang lebar tiba-tiba pegawai tersebut mencelah.."Aman ko ada geran tanah kah?" c aman jawab "Tiada bah tuan"..Terus c pegawai senyum lalu berkata "Aman biarpun banyak perancangan kau kalau kau tiada geran tanah, susah juga itu. Tidak buli ba." c aman menjawab " Habis itu pembentangan bajet 2010 tiada sebut pun pasal geran tanah. PM cakap semua rakyat yang miskin boleh minta itu purujik". C pegawai pula menjwab "amannn...lama sudah itu peraturan begitu.."
memandangkan c aman tidak puashati, dia pigi lagi pejabat yang lain..Jawapan tetap sama. C aman pun mengeluh dengan nada yg sedih dan kecewa...aduiiiii na...sya pikir buli?!
Jadi rakan-rakan semua..sedar tidak sedar rakyat d negeri sabah ni masih ramai yang tidak mempunyai geran tanah sendiri. Malahan mungkin ada yang belum mempunyai geran tanah sejak sabah merdeka lagi. Kalau tempat sya (entilibon) perkara ini sudah berlarutan dari tahun 1973 lagi. Kalau ikut 20perkara tidak patut berlaku perkara kelewatan pengurusan geran tanah ini kerana tidak melibatkan kerajaan persekutuan. Pemimpin2 kg sudah jemu nak berurusan dengan pihak yg berkenaan. Asal urus mesti ada saja alasan dari pihak yg berkenaan. Kalau ditaburkan duit, brangkali cepat tu siap.
kalau berdasarkan cerita diatas tu, maka sasaran beberapa cadangan bajet 2010 tidak akan tercapai. Melainkan kerajaan ada cara lain untuk menyelesaikan masalah berkaitan dengan geran tanah ini.
Sekian
RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Subscribe to:
Posts (Atom)