ANTARA SEMUA PERTIMBANGAN YANG KITA BUAT DALAM KEHIDUPAN, TIADA YANG SEPENTING PERTIMBANGAN YANG KITA BUAT TERHADAP DIRI KITA SENDIRI

Monday, June 22, 2009

Indahnya ciptaan Tuhan...

Cuba kamurang tengok ni gambar...gambar ni kawan sya ( Cikgu Sarifuddin ) ambil di belakang rumah beliau pada 16 Jun 2009.. Gambar ni merupakan sejenis tumbuhan yang sya tidak pernah jumpa..

Friday, June 19, 2009

Sini Sana Sukan SAGA IV

Nah kamurang tengok la...:-)

Sempat bergambar dengan Dj. Matinin ketika sesi wawancara dalam radio (live). Dari kiri, Elisa Reyz Samun, Pengurus pasukan B/sepak wanita Tongod, Dj Matinin dan c Dark sendiri.

Nah..c Dark sempat mengambil kesempatan bergambar bersama-sama dengan "Orang Kita" Abu Bakar Ellah..


Bergambar bersama-sama dengan pemegang sepanduk Tongod. Turut kelihatan, Cikgu Sarifuddin dan Tuan Pegawai KBS Tongod, Encik Patrick Suhaimi.

Bergambar bersama-sama dengan Olahragawati SAGA IV (sedang memegang piala ) dari Daerah Ranau.

YB Kuamut, Encik Masiung Banah sempat meluangkan masa melawat kontijen Tongod sebelum acara penutupan dilangsungkan.



Thursday, June 18, 2009

Kilauan Emas Pertama Tongod Dari Gelanggang Sepak Takraw

Tahniah di atas kejayaan pasukan sepak takraw Tongod kerana pada akhirnya berjaya menyumbang sebutir pingat emas buat jadi penyeri kepada kontijen Daerah Tongod. Kejayaan ini adalah hasil usaha daripada pengurus pasukan, Cikgu Sarifuddin, jurulatih2, Cikgu Geofrey dan c Dark sendirilah.
Sesungguhnya kejayaan mendapatkan sebutir pingat emas ini pun sudah cukup untuk menggembirakan peminat2 sukan dari daerah Tongod amnya dan Kontijen daerah Tongod khasnya.

Berikut adalah beberapa gambar wajah2 juara yang sempat diklik.
Inilah wajah2 juara Sepak Takraw SAGA IV. Dari kiri, Junan, Along(c) dan Stella. Tiada dalam gambar Anita dan Norlin

Bergambar bersama-sama dengan Pasukan Kota Belud sebelum perlawanan akhir dijalankan. Kanan sekali pengurus pasukan Tongod, Cikgu Sarifuddin Saimin.

Tekong marabahaya..Stella bersedia mengambil servis bola.

Penyokong setia Pasukan Tongod, pelajar2 ILP Sandakan..

Gambar kenangan..Juara Sepak Takraw SAGA IV.







Tuesday, June 16, 2009

Sukan Saga IV Final Bolasepak Wanita-DBKK vs Tongod

Perlawanan final bolasepak wanita di antara DBKK menentang Tongod telah diadakan pada 12.06.2009 bertempat di Kompleks Sukan Sandakan. Bagi saya, perlawanan ini merupakan perlawanan ulangan antara kedua-dua pasukan yang sebelum ini telah bertemu dalam perlawanan kumpulan. Pada awal-awal lagi saya telah menjangkakan bahawa DBKK akan memenangi perlawanan ini berdasarkan rekod perlawanan mereka sepanjang kejohanan dan barisan pemain yang dimiliki(kalau tidak silap 7 atau 8 pemain kebangsaan ) dan telah sekian lama berlatih (tidaklah keterlaluan kalau DBKK ini sebenarnya merupakan pasukan kebangsaan ), berbanding dengan pemain Tongod yang hanya bermain di peringkat kampung serta memiliki barisan pemain yang kurang berpengalaman dan baru sahaja satu atau dua bulan berlatih.

Walau bagaimanapun, Pasukan Tongod merupakan satu-satunya pasukan yang berjaya membolosi kekebalan pasukan DBKK. Selain itu terdapat beberapa faktor penyebab kemenangan DBKK ini. Antaranya ialah, DBKK mempunyai kemudahan (fasiliti) yang lengkap, jurulatih yang berpengalaman, kelengkapan latihan yang baik, dan mempunyai banyak atau ramai pilihan untuk membarisi pasukan DBKK ini. Berbanding dengan Tongod yang hanya mempunyai padang tanah, peralatan yang tidak lengkap serta pilihan pemain yang amat terhad berbanding dengan daerah-daerah lain. Tidak keterlaluan kalau saya cakap, daerah Tongod merupakan daerah yang paling kecil bertanding dalam Sukan SAGA ini.

Bagi saya, melangkah ke final pun sudah cukup manis. Sekurang-kurangnya pihak SAFA terbuka minda dan mula memandang daerah Tongod sebagai antara daerah yang boleh menyumbang pemain bolasepak wanita ke peringkat yang lebih tinggi.

Berikut adalah beberapa gambar yang sempat diambil sebelum, semasa dan selepas perlawanan final ini.
Tuan Pegawai KBS Tongod, Encik Patrick Suhaimi memberikan nasihat dan kata2 semangat sebelum perlawanan dimulakan. Turut kelihatan mantan ADUN Kuamut, Ybhg Johnny Intang, Cikgu Geofrey dan Encik Laising Podok.


Pemain DBKK dan Tongod sedang berbaris untuk masuk ke padang


Bergambar bersama-sama dengan pemain simpanan Tongod. Baju hitam lelaki ( c Dark ), baju hitam perempuan ( Cik Mary ).

Kesimpulannya, bagi saya DBKK memang layak untuk menjuarai Bolasepak SAGA Wanita tahun ini kerana disebabkan oleh beberapa faktor. Walau bagaimanapun pencapaian pasukan dari Tongod yang saya anggap sebagai pasukan underdog dan baru kali menyertai pertandingan ini sehingga ke peringkat akhir adalah cukup mengejutkan dan layak untuk diberikan pujian.

Wednesday, June 10, 2009

Sukan SAGA IV Bola Sepak Wanita Separuh Akhir Tongod vs Keningau

Perlawanan separuh akhir di antara Tongod dan Keningau telah dijalankan pada 10.06.2009 bertempat di Padang MPS, Sandakan tepat jam 3.30petang. Secara keseluruhanya perlawanan agak seimbang. Walau bagaimanapun pasukan Tongod telah berjaya membolosi pertahanan kental pasukan Keningau pada minit ke 76 hasil daripada sepakan sudut. Pasukan kerdil dari daerah Tongod telah berjaya mengalahkan pasukan dari Keningau dengan 1 gol berbalas 0. Ini sekaligus menghantar Tongod ke perlawanan akhir menentang Kota Kinabalu.




Kedua-dua pasukan bersedia di tengah padang sebelum perlawanan dimulakan


Fredolin pertahanan kental pasukan Tongod..gaya superstar kaitu atau unduk ngadau...hehehe aturrrrr dollyn (ok ba kalo ko)


Ketua pasukan Tongod, Stella sedang bersaing menanduk bola

Para pemain Tongod tersenyum kepuasan setelah berjaya melangkah ke final setelah berjaya mengalahkan Keningau 1-0. Berdiri dari kiri, Anita, Junita, Jailin, Junan, Melisa, Ruzi, Stella (c), Viarita, Tiffany, Pija. Duduk dari kiri, Nor Fadlina (Phewitttt), Carol, Along, Hemy (gk), Norlin, Fredolin, Epy, Rebecca


Bergambar bersama-sama dengan team bolasepak Sandakan. Thanks 4 the sokongan..

Bergambar bersama-sama dengan YB Masiung Banah (baju putih ) berserta dengan pengurus Encik Elisa Reyz Samun ( 9 dari kanan ), jurulatih, Pegawai KBS Tongod Encik Patrick Suhaimi (7 dari kiri ), Pengawai KBS Kinabatangan (baju warna hijau) dan peminat. Turut kelihatan mantan YB Kuamut, Ybhg Johnny Intang (kiri sekali). Dua dari kiri..Cikgu Sarifuddin, fisioterapi terbaik...hehehe relaks cikgu

Tahniah...tahniah kerana berjaya melangkah ke FINAL..

Nothing is impossible...

Tongod Boleh...




Sukan SAGA IV Bola Sepak Wanita Bfort vs Tgd

Perlawanan di antara Beaufort menentang pasukan Tongod telah diadakan pada 9.6.2009 bertempat di Padang Majlis Perbandaran Sandakan. Kedua-dua pasukan telah menunjukkan komitmen yang baik semasa perlawanan dijalankan. Perlawanan ini berkesudahan dengan pasukan Tongod berjaya mengalahkan pasukan Beaufort 12-0.

Pasukan Tongod dan Beufort bergambar bersama sebelum permainan dimulakan.


Pemain sempat berpose sebelum game dimulakan..dari kiri Epy, Ruzi, Nor Fadlina (phewittt), Along(penjaring terbanyak dalam perlawanan ini -7 jaringan), Carol, Viarita dan Melisa

Bergambar kenangan bersama-sama dengan YB Masiung Banah ( 7 dari kanan ), Adun N.47 Kuamut, Pengurus Pasukan, Jurulatih2 serta orang-orang kuat bolasepak Zon Tongod

Kemenangan ini membolehkan pasukan Daerah Tongod melangkah ke pusingan seterusnya iaitu separuh akhir...

Tahniah di atas kejayaan melangkah ke separuh akhir.....

Tongod Bolehh.....

SAGA IV Bolasepak Wanita KK vs TGD

Perlawanan bolasepak di antara team dari Kota Kinabalu menentang Tongod telah diadakan pada 08.06.2009 jam 3.30petang bertempat di Padang PDRM. Perlawanan ini berkesudahan dengan KK 6-TGD 3. Walaupun team Tongod ini kalah, tetapi mereka telah menunjukkan permainan yang sangat bersemangat. Jika dibandingkan dengan team dari KK, Tongod merupakan team underdog dan tidak pernah menyertai sukan SAGA..manakala pasukan dari KK mempunyai beberapa orang pemain kebangsaan dan mempunyai rekod yang baik dalam suka SAGA ini. Berjaya membolosi KK adalah satu pencapaian yang amat dibanggakan. Perlawanan ini bolehlah diumpamakan sebagai Manchester United menentang Norwich City..

Berikut adalah beberapa gambar yang sempat diambil sebelum dan selepas perlawanan.





Sebelum perlawanan dimulakan, kelihatan Cikgu Geofrey sedang memberikan taklimat permainan..











Tuan Pegawai Daerah, Tuan Doudi Goroh sedang mamberikan kata-kata nasihat kepada para pemain sebelum permainan







Antara pemimpin- pemimpin masyarakat yang turut hadir menyaksikan perlawanan ini. Kelihatan Tuan PKR, Encik Sunsing Pitalai, Pemaju Mukim Tongod, Encik Laising, Pegawai KBS Daerah Tongod, Encik Patrick dan
Tuan Pegawai Daerah sendiri..







Pemain sempat bergurau sebelum game bermula..hilangkan nervous la tu kan..










Pemain KK sedang bersalaman dengan pemain Tongod




YB Masiung Banah ADUN N.47 Kuamut turut hadir menyaksikan perlawanan ini. Beliau sedang memberikan kata2 nasihat selepas perlawanan





Tuesday, June 9, 2009

SAGA IV 2009 Zon Tongod

Sukan SAGA merupakan sukan berprestij yang telah dianjurkan oleh pihak Kerajaan Negeri Sabah bagi bertujuan untuk mencungkil bakat2 baru serta pelapis kepada atlet yang sedia ada. Zon Tongod merupakan salah satu dearah yang telah menghantar kontijen (atlet2) untuk menyertai kejohanan kali ini dan merupakan penyertaan yang pertama sekali. Saya secara langsung terlibat dengan kontijen Zon Tongod ini sebagai jurulatih penjaga gol wanita dan juga urusetia. Berikut adalah beberapa gambar yang telah kawan ( Cikgu Sarifuddin ) telah saya ambil dan saya telah masukkan dalam blog saya untuk tatapan blogger semua..



Pasukan Sepak Takraw Wanita Zon Tongod bergambar bersama-sama dengan mantan YB Kuamut Encik Johnny Intang..Dari kiri Norlin, Junan, Ybhg Johnny, Along, Anita dan Stella








Segelintir atlet merangkap penyokong setia kepada pasukan sepak takraw zon Tongod..Zon Tongod berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir dengan memenangi semua perlawanan dalam kumpulan.









Sesi latihan. Kelihatan En. Saimon Dundoi memberikan sedikit kata2 perangsang kepada para pemain. Turut kelihatan Cikgu Geofrey, ketua jurulatih dan Encik Erick Ukil









Antara orang kuat Team Bolasepak Wanita Zon Tongod,
dari kiri Cikgu Geofrey, Encik Erick Ukil, Encik Saimon Dundoi dan Encik Amrie












Maskot Sukan SAGA IV sedang beraksi semasa perasmian sukan SAGA


Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan mewakili YAB Ketua Menteri Sabah merasmikan pembukaan Sukan SAGA IV. Turut kelihatan YB Datuk Peter Pang, Timb. Ketua Menteri merangkap Menteri Belia dan Sukan Sabah



TO BE CONTINUE