ANTARA SEMUA PERTIMBANGAN YANG KITA BUAT DALAM KEHIDUPAN, TIADA YANG SEPENTING PERTIMBANGAN YANG KITA BUAT TERHADAP DIRI KITA SENDIRI

Wednesday, February 15, 2012

Politik ooo Politik

Hi...lama tak update blog ni. Biasalah sibuk dan takda idea nak update. Idea menulis ni pun muncul sebab dalam Facebook sekarang ni heboh dan kacau dengan cerita2 politik yg sama ada boleh pakai atau tidak..Secara realitinya kita sebenarnya tak boleh lari daripada politik. Mana2 ada politiknya. Keluarga ka, tempat kerja ka even institusi keagamaan sekalipun ada politiknya

Sejak kebelakangan ni selalu benar mendengar ramai a.k.a banyak HERO yg muncul. Tak kiralah dari pihak kerajaan atau pihak bukan kerajaan. Masing-masing dengan agenda sendiri dan berani menabur janji..ADUHAI....boleh ka janji itu dipenuhi, ditunaikan. Bak kata pepatah, BERJANJI BIARLAH BERPADAH-PADAH..atau brgkali KERANA MULUT BADAN BINASA ataupun lagi brgkali MELUDAH KE LANGIT AKHIRNYA JATUH KE MUKA SENDIRI. Kadang2 panas juga melihat post2, komen2 dari org berkaitan dengan isu2 politik masa kini. Tidak ketinggalan peribadi tertentu pun turut dihina terutamalah brgkali YB2. Nasihat saya sebagai orang biasa, BERPOLITIKLAH SEPERTI ORANG DEWASA, BERPOLITIKLAH DENGAN PENUH ETIKA dan BERPOLITIKLAH IKUT CARA KITA..lagi SEBAGAI SEORANG AHLI POLITIK YANG MATANG DAN PROFESIONAL, JANGANLAH HANTAM HAL PERIBADI ORANG. KALAU MAU HANTAM ITU DASAR KERAJAAN BARU NGAM..hehehe

Sedar tak sedar pilihanraya makin menjelang tiba. sedar tak sedar juga, sejak kebelakangan ini mcm ramai penjawat awam yg mahu menentang kerajaan sedia ada yg selama ini mereka "saya yg menurut perintah" dan malahan ada brgkali yg sanggup berhenti untuk mahu menjadi calon. Apakah sebabnya? Adakah gaji tak cukup? Adakah mereka disisihkan? dan pada akhirnya adakah mereka ini benar2 ikhlas memperjuangkan hak kita seperti yg mereka canang2kan? Atau adakah mereka "tamaha"? Atau adakah mereka ada agenda tersembunyi? Atau ada dendam kesumat yg perlu dilangsaikan? Ataupun mereka ini sudah terlampau banyak duit sehingga tidak tau mana nak simpan duit mereka? Apa2 pun, kerajaan must do something. Kena buat analisis a.k.a kajian kenapa ramai atau ada penjawat awam begitu. Anyway terpulanglah kepada individu itu sebenarnya..:-)

Jauh disudut hati, saya sebenarnya nak melihat pihak bukan kerajaan menang pilihanraya kali ini. Bukanya kerajaan sekarang tidak baik, tapi apa yg pihak bukan kerajaan selalu canang2kan lebih baik daripada perancangan kerajaan sekarang. TAPI apabila difikirkan semula janji2 yg ditaburkan mcm sudah terlalu banyak. Bolehkah kamu tlg itu org kampung yg telah kamu bilag dirampas tanahnya oleh syarikat? Boleh ka kamu tlg org kampung yg sejak tahun 1973 geran tanah belum keluar? Kalau boleh, apa jaminanya? Jangan lg cakap kasi can dulu sya menang baru ada cerita. Lapuk sudah itu :-) belum jadi YB pun boleh tlg rakyat kalo betul2 ikhlas bah kan :-)

Pada akhirnya...SEKIAN DAN TERIMA KASIH!

Thursday, June 23, 2011

MARSHA MAIN MAIN JE


Alahai apa sudah jadi dengan c Marsha ni...:-) kemarin cakap lain, hari ini lagi lain. Jaga2 nanti peminat tak suka nanti..ingatkan sudah kahwin sebab dah mengaku kahwin..siap keluar paper no 1 Malaysia lagi tu..apapun Marsha dah memohon maaf atas kenyataan yang dia dah buat kelmarin..nah berikut adalah apa yg Marsha katakan hari ni..keluar dalam paper.

“Namun bukan niat saya membuat gimik atau mengatur kejutan buat semua pihak kerana jika difikirkan semula, gambar di sebalik tabir pembikinan muzik video itu terlebih dulu dimuat turun di laman sosial Facebook. “Justeru saya menafikan beberapa kenyataan dan dakwaan dalam beberapa blog yang kononnya saya sengaja ingin membuat kejutan tapi ia tidak menjadi,” katanya. Pelakon drama siri Kum Kum The Series itu bagaimanapun menyifatkan perkara yang berlaku ini satu pengajaran buatnya buatnya sebagai seorang selebriti.(petikan dari harian metro)

So yg ada hati kat Marsha ni....boleh la senyummm..masih ada peluang :-D

SAO PAULO: Seorang wanita Brazil disenaraikan dalam Guinness World Records sebagai orang paling tua di dunia dilaporkan meninggal dunia semalam, beberapa minggu sebelum sambutan ulang tahun hari jadi beliau ke-115. Gelaran itu kini beralih kepada seorang wanita di Amerika Syarikat.

Maria Gomes Valentim mati berikutan masalah beberapa kegagalan organ, kata Helerson Lima seorang jurucakap rumah penjagaan di mana beliau tinggal. Valentim akan berusia 115 pada 9 Julai.
Guinness berkata, melalui laman webnya Valentim, wanita pertama Brazil memegang takhta itu meninggal dunia ketika berusia 114 tahun, 347 hari.
Pada 18 Mei, Guinness mendapati bahawa Valentim adalah 48 hari lebih tua daripada orang yang sebelum ini dinobatkan sebagai orang paling tua di dunia, Besse Cooper dari Monre, Georgia.

“Dengan kematian Maria, takhta Orang Hidup Paling Tua diserahkan semula kepada Besse Cooper, berusia 114 tahun 299 hari,” kata Guinness.

Anak lelaki wanita Georgia itu, Sid Cooper berkata ibunya dalam keadaan baik di Monroe.

“Beliau mengalami kenaikan berat badan, berselera makan,” kata Sid Cooper. “Ingatan beliau masih baik,” katanya. “Beliau mengingati perkara dari masa lalu dan mengenali orang.”

Guinness mengesahkan Valentim dilahirkan pada 9 Julai 1896 di Carangola, negeri timur laut Minas Gerais. Beliau tinggal di sana hampir seluruh hidupnya.

Bulan lalu, Guinness melalui laman webnya berkata, Valentim atau ‘Grandma Quita’ mengamalkan diet sihat, memakan sebuku roti setiap pagi bersama kopi, buah-buahan dan susu. – AP

KAKITANGAN AWAM NAIK GAJI..TAPI BERSYARAT??

Source: www.beritasemasa.com

Wednesday, June 22, 2011

MARSHA DAH KAHWIN???.........

Bukanlah niat di hati nak membusy body dengan sumandak talawa ni, tapi saja nak publish untuk tatapan kita semua..setelah pelbagai spekulasi dan gosip yg melanda Marsha, akhirnya Marsha mengaku juga akhirnya dia dah berkahwin..dengan siapa? tak tau la..sama2 kita nantikan..


KUALA LUMPUR: “Ya, memang saya sudah berkahwin, Ahad lalu,” kata penyanyi dan pelakon, Marsha Milan Londoh, 26, sekali gus menamatkan pelbagai gosip mengenai status terkini dirinya.
Artis berasal dari Sabah itu dicungkil bakatnya melalui program realiti Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) berkata, majlis perkahwinannya berlangsung di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong.
Bagaimanapun, dia yang berketurunan Dusun dan beragama Kristian enggan mengulas lanjut mengenai perkahwinannya itu serta menafikan sengaja menyembunyikannya daripada pengetahuan media.


“Bukan niat saya menyembunyikannya daripada media tetapi saya cuma mahu melakukan kejutan. Bagaimanapun, saya akan menjelaskan segala-galanya kepada rakan media dalam minggu ini.


“Buat masa ini saya perlu mendiamkan diri terlebih dulu kerana saya tidak mahu memperbesarkan perkara ini,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Friday, May 27, 2011

.................

Lama tidak mengupdate blog ni...

Apa pun selamat menyambut PESTA KAAMATAN DAN HARI GAWAI kepada yang merayakan dan tidak lupa HAPPY HOLIDAY kepada yang bercuti...

Saturday, March 20, 2010

My first Camera DSLR

Haloo..lama betul rasanya tak update blog ni. Bukannya apa, cuma bz sikit dan tak ada idea nak post apa..:-)

Baru2 ini sya ada beli camera dslr berjenama sony(DSLR-230L). Puashati jugalah walaupun terpaksa mengeluarkan belanja yg kira besar jugalah tapi bagi sya ianya satu pembelian yg berbaloi. Apa tidak, dengan harga RM1799.00, sya telah berjaya dapatkan sebiji kamera(baru body la heheeh), berserta dengan beg dan siap bagi tripod percuma lagi. Sya tak tau la sama ada tripod tu yg dikira bagus atau tidak..nanti tanya2 kawan la. Baru amatur ba ni main dengan kamera. Nanti sya belajarlah menggunakan ni kamera DSLR dari otai2 lama mcm Mr. Iap and Mr. Jimmy la..hehehe
Gambar guna telefon ja

DSLR-230L ni telah direkomenkan kepada sya oleh tuan punya kedai bagi cameraman yg baru amatur seperti sya. Antara kelebihan camera ni ialah, ada BIONZ(Image processing Image), D-Range Optimizer, ISO 100-3200, 9 Points AF, Dual Slot Memory, Creative Style, anti Dust, 2.7 clear photo LCD, Help Guide on Camera, Photo TV(HD), Steadyshot Inside dan ada beberapa lagilah. Walau bagaimanapun, megapixelnya hanyalah 10.2 sahaja.