ANTARA SEMUA PERTIMBANGAN YANG KITA BUAT DALAM KEHIDUPAN, TIADA YANG SEPENTING PERTIMBANGAN YANG KITA BUAT TERHADAP DIRI KITA SENDIRI

Wednesday, August 5, 2009

Asal Usul Nama Kampung Simpang Entilibon

Asal Usul Kampung EntilibonPosted in asal usul with tags on February 28, 2009 by kmbob

Kampung Entilibon terletak dalam Daerah Tongod, kira-kira 135 km dari Bandar Sandakan. Pada waktu dahulu, kampung ini telah di serang wabak malaria sehingga menyebabkan ramai penduduknya meninggal dunia. Keadaan ini menyebabkan penduduk kampung ini berpindah ke tempat lain kerana tidak sanggup dengan keadaan ketika itu.
Perpindahan ini menimbulkan ungkapan sontilib-tilib dalam bahasa Kadus yang bermaksud bertempiaran (run apart). Ungkapan ini juga boleh diertikan sebagai berterbangan, iaitu sama dengan keadaan penduduk kampung yang berpindah ke tempat-tempat lain. Di fahamkan ada penduduk asal kampung ini berpindah sehingga ke Daerah Keningau. Terdapat juga cerita yang mengatakan sebuah kampung baru telah di bentuk tidak jauh dari kedudukan kampung ini (di kenali sekarang sebagai Kampung Sanan). Kampung ini diberi nama Kampung Sanan disebabkan oleh ungkapan no’insanan dalam bahasa Kadus yang bermaksud semua. Ini kerana hampir semua penduduk kampung yang di serang wabak malaria tadi berpindah ke kawasan baru tersebut.
Selepas beberapa tahun kampung tersebut di tinggalkan, tiada seorang pun yang berani menetap kembali kerana takut terkena wabak malaria. Keadaan ini juga turut menimbulkan ungkapan pintoliban dalam bahasa Kadus yang bermaksud tidak di singgahi. Keadaan ini berterusan sehinggalah ada sekumpulan peneroka yang datang dan menetap di kawasan kampung tersebut. Ungkapan pintolibanini juga lama-lama berubah menjadi entilibon sehinggahlah sekarang.

Berdasarkan cerita En. Jaini Sayang. (BSK)