ANTARA SEMUA PERTIMBANGAN YANG KITA BUAT DALAM KEHIDUPAN, TIADA YANG SEPENTING PERTIMBANGAN YANG KITA BUAT TERHADAP DIRI KITA SENDIRI

Wednesday, April 29, 2009

WRONG BALL


don't hate the game..hate the players..

Monday, April 13, 2009

Jalan o Jalan...

Tujuan gambar ni hendak ditayangkan bukanlah bertujuan untuk menjatuhkan kredibiliti kerajaan sekarang tapi hanyalah sekadar untuk menegur kerajaan sekarang agar janganlah abaikan penduduk2 yang tinggal jauh di pedalaman Sabah ni..ini baru sebahagian daripada masalah jalan yang terpaksa kami hadapi.



Untuk pengetahuan kawan2 blogger smua, jalan ni merupakan satu2nya jalan penghubung di antara Kg Kironggu ke Telupid dan merupakan jalan pertanian utama bagi penduduk kampung untuk mengangkut hasil pertanian mereka seperti getah, kelapa sawit dsbg.

Selain daripada penduduk kampung di sini yang terjejas, kakitangan awam yang bertugas di kawasan ni pun turut juga terjejas. Untuk pengetahuan, Kg Kironggu ini terletak kira-kira 237km ke sandakan dan kira2 298km ke k.kinabalu dan mempunyai 1 prasarana kerajaan sahaja iaitu sekolah..guru2 yang bertugas d sekolah ini terpaksa mengharungi semua cabaran ini untuk sampai ke destinasi mereka, apa lagi pada musim hujan.


Saya tak tahulah dimana silapnya sampai perkara ni sudah berlarutan hampir tiga bulan..masalah ni berlaku disebabkan pemimpin kampung ataupun dari kerajaan itu sendiri..ai tak tahu la aku..cuma itu sajalah, cuba kita fikirkan kalaulah ada satu kes kecemasan yang melibatkan penduduk kampung itu sendiri, cthnya mahu bersalin atau memerlukan rawatan dengan segera la..dengan keadaan jalan seperti ini, macamanalah tu ah..sya pasti rakan2 blogger semua bijaksana dan tahu jawapanya..

So kepada yang berkenaan, ingat2lah janji masa pilihanraya tu..setahu saya semua penduduk kg di sini undi timbangan jak..kalau bukan diabaikan pun, percepatkanlah peruntukan atau perancangan..kesian org2 kampung kat sini..jangan sudah terhantuk baru terngadah..


Sehingga blog ini ditulis, hanya satu sahaja jalan alternatif yang dibuat..itu pun kalau hujan memang confirm tak boleh limpas punya..lori 10tan pun ndak boleh limpas..