ANTARA SEMUA PERTIMBANGAN YANG KITA BUAT DALAM KEHIDUPAN, TIADA YANG SEPENTING PERTIMBANGAN YANG KITA BUAT TERHADAP DIRI KITA SENDIRI

Tuesday, February 24, 2009

Lawak Pak Pandir (part ii)

Pak Pandir mahu pastikan segala kerjanya dilakukan dengan baik. Jadi setelah membuat fotokopi untuk dokumen-dokumen itu, dia selalu membandingkan salinan itu dengan salinan yang asal. Takut kalau-kalau ada kesilapan ejaan...

Lawak Pak Pandir (part i)

Pak Pandir ingin membeli tv warna. Dia pun ke kedai...

Pak Pandir : Awak ada jual tv warna ka ?

Penjual : Ada...

Pak Pandir : Kasi saya tv warna hijau...

Diam....

Nah ni aku ada satu cerita berkaitan dengan diam...

Al kisahnya seorang ibu muda berjumpa dengan kawanya yang kebetulan seorang doktor. Ketika rncak bersembang, anak kecil si ibu tadi sibuk menggeledah makmal kecil di rumah doktor berkenaan. Si ibu tersebut tidak pula melarang anaknya yang semakin lama semakin rancak menggeledah bilik yang di penuhi botol-botol ubat. Doktor tersebut tidak berkata apa-apa tentang kenakalan anak si ibu tadi.

"Pranggg!!!" Bunyi botol pecah. Barulah si ibu bersuara , " Saya harap awak tak kisah dengan anak saya tu. Dia memang nakal sikit, biasalah budak-budak!."

"Ehh! tak apa. nanti sampai kat botol racun tu, diamlah dia," kata doktor tersebut."

Friday, February 20, 2009

Tanda-Tanda Lelaki Tersinggung...Betul Kerr?



Lelaki kalau tersinggung lebi teruk dari pompuan..betul ke? Kalau lelaki tersinggung atau marah kan jarang la bah yang mau kasi tapuk-tapuk perasaan dorg..hehehe mengikut pengalaman saya la..sampai ada yang mau menunjukkan protes supaya orang yang telah menyinggung perasaan tahu apa yang dilakukan..mengikut aku punya pengalaman, ni la tanda2 lelaki tersinggung atau merajuk atau marah...

  1. 1. Masam Muka
  2. Ini adalah tindakan yang amat biasa bagi lelaki sekiranya tersinggung..Sudahlah tidak mau bercakap, siap tarik2 muka lagi tu..tak puas hati la kunun..tapi biasalah kalau masam2 muka ni..lelaki dengan pompuan sama ja..jadi kalau sudah muncung tu takkan tak fahm-faham kan...hahaha

2. Buat Tak Tahu

Bila lelaki pura-pura pekak padahal tidak pekak macam kamu tak wujud ja di depannya, nah tu pun protes juga tu...Biasanya kalau baru becinta-cinta tu, si lelaki ni pantang disuruh..apa saja yang disuruh pigi ja tu..no hal punya...hahaha tapi kalau sudah tersinggung, atokoi minta tolong2 yang kecil2 pun macam tida mau tu...

3. Diam Seribu Bahasa

Nah ini lagi...Kalau baru becinta pun begitu juga, biasanya lelaki ni tidak pandai berhenti bercakap atau berlawak jenaka. Tapi kalau lelaki tiba2 diam ja tu, lepastu macam malas ja mau bercakap...emmm adalah la yang lelaki tak puashati tu..kalau dia punya kucing tidak mati la..haha

4. Matikan Telefon

Ini perkara yang biasa2 biasa berlaku. Pompun ngan lelaki sama ja. Tapi biasanya lelaki lebih berani la kasi mati handpon..bila di tanya, jawapanya bateri habis..tapi hakikatnya malas mau dengar suara..takut tambah meletop..hehehe

5. Keluar Rumah Tanpa Beritahu (Kalau Orang Dah Kahwin )

Biasanya kalau keluar rumah mesti bagitahu punya.. tapi kalau tiba2 jak keluar rumah tanpa pemberitahuan...nah ada la tu masalah..kecualilah tandas dalam rumah rosak n mau 999 la p buang air besar kat luar rumah...hahaha

6. Moginum aka Minum Alkohol

Hahaha...ada juga ni. Untuk kasi hilang strees la ni kunu..p la mogiambalut moginum..haha

Jadi itu la antara pengalaman2 yang dikutip ni..hahaha tidak tau la kalau kamu..jadi yang perempuan perhatikanlah...banyak lagi ni tapi malas sudah saya mau taip..takut kadapatan habis ni lelaki...hahaha PEACE!

Thursday, February 19, 2009

Sumazau..Sumayau


Aku p gambar ba ini dalam dewan kami..kami try2 conteng dinding...hahaha
Daripada conteng2 dinding ngan nama2 glamor..bagus lukis ni gambar kan...

Prasejarah

Suatu hari, Pak Don berkunjung ke muzium negara. Ketika itu berlangsung pameran prasejarah. Antara yang dipamerkan ialah rangka dinosour. Setelah berpusing-pusing, datanglah seorang penjaga muzium yang bernama Komeng yang sedang bertugas lalu bertanya,

Komeng: " Ada apa Pak Cik?"
Pak Cik Don : " Pakcik nie nak bertanya....agak-agaknya berapa umur dinosour nie?"

Dengan penuh yakin Komeng menjawab...

Komeng : " Satu juta tahun...empat bulan..lima hari.
PakCik : "Terrernay awak!..macamana awak boleh tahu sampai begitu sekali?"
Komeng: " Waktu saya mula kerja kat sini, umur dinosour ni satu juta tahun..sekarang saya dah empat bulan lima hari kat sini..."

Thursday, February 12, 2009

Pengalaman Pertama Seorang Gadis, Mungkin Juga Anda

Sebaik sahaja anda baring, anda mula merasakan otot-otot anda mula menegang. Anda cuba mengelak dengan memberi alasan, tetapi dia enggan menerima alasan anda bahkan semakin merapati anda. Dia bertanyakan anda takut, tetapi anda dengan berani menggelengkan kepala. Jari jemarinya mula meneroka untuk mencari apa yang dihajati. Dan kali pertama jarinya menyentuh tempat yang betul. Semakin dalam dalam dia menusuk, semakin kuat aku mengerang. Tetapi dia masih dengan sikapnya dan melakukannya dengan selembut yang boleh seperti yang dijanjikan. Dia merenung jauh ke dalam mata anda dan mahu anda percayakanya. Ini bukan kali pertama bagi dirinya.

Dia Tersenyum dan anda memberi lebih ruang masuk kepadanya. Anda mula merayu agar dia mempercepatkannya. Tetapi dia masih lagi melakukannya dengan perlahan agar anda merasakan kesakitan yang minimum. Semakin dalam tusukannya semakin anda merasakan tisu-tisu koyak. Kesakitan makin terasa diikuti dengan sedikit darah mengalir. Dia merenung kepada anda dan bertanyakan adakah ia menyakitkan?. Mata anda digenangi dengan airmata tetapi anda menggelengkan kepala dan mahu dia terus melakukannya. Dia meneruskan dengan apa yang patut dilakukan. Terus keluar masuk, tetapi anda sudah mula merasa kebas dan tidak lagi merasakan apa-apa. Beberapa ketika kemudian anda merasakan sesuatu memancut dan dia mengeluarkannya dari anda. Anda terbaring dengan wajah yang pucat. Dia menghamparkan sekuntum senyuman kepada anda dan mengatakan anda adalah antara yang terdegil tetapi banyak memberikan pengalaman. Anda hanya tersenyum tawar dan juga inilah pengalaman pertama anda. Dengan senyuman tawar, anda pun mengucapkan terima kasih kepada doktor gigi anda...hahahaha apa suday da'a yang kamurg fikir tu....

Tuesday, February 10, 2009

Akui Diri

Seorang profesor melangkah penuh bergaya menuju ke bilik kuliahnya. Dia hendak menguji pelajarnya mengenai kelemahan diri.

Dia bertanya.."Siapa yang merasakan dirinya bodoh, sila berdiri!" Semua pelajar diam. Ada yang senyum. Tidak lama kemudian, seorang pelajar bangun. Profesor berkata "Oooh...jadi awak mengaku awak ini bodoh?"
Pelajar : "Bukan....sebenarnya saya tidak sanggup lihat profesor seorang saja berdiri!"

Lari Jauh

"Ibu : "Fendi...kenapa wajahmu pucat dan nafasmu termengah-mengah?"

Fendi : " Saya berlari jauh untuk menghentikan sebuah perkelahian."

Ibu : " Wah! bagus sekali perbuatanmu. Siapa yang berkelahi?"

Fendi : "Fuad dan saya"

Ibu : Ceh!!..dasar Penakut

Nenek Bucu

Nenek Bucu di rumah sakit. Menurut doktornya, asmanya sudah semakin teruk hingga perlu dipasangkan salur oksigen. Sudah beberapa hari dia tidak bercakap dan seperti orang koma. Dikira sudah menjelang ajal. Anaknya memanggil seorang Mud'hin (tukang doa) agar didoakan. Sedang asyik Pak Mud'hin berdoa, tiba-tiba muka nenek bertukar menjadi biru seolah-olah tidak boleh bernafas. Tanganya menggigil. Dengan menggunakan bahasa isyarat nenek Bucu minta diambilkan kertas dan pensil. Sisa-sisa tenaga yang ada digunakan oleh nenek Bucu untuk menulis sesuatu dan memberi kertas tersebut kepada Pak Mud'hin.
Sambil terus berdoa Pak Mud'hin langsung menyimpan kertas tersebut tanpa membacanya kerana fikiranya dia tidak sanggup membaca surat wasiat tersebut di depan Bucu. Tak lama kemudian nenek Bucu meninggal dunia. Pada hari ketujuh meninggalnya nenek Bucu. Pak Mudhin diundang untuk datang ke rumah Bucu.
Selesai memimpin doa, Pak Mudhin berbicara, " Saudara saudara sekalian, ini ada surat wasiat dari almarhum nenek Bucu yang belum semapt saya sampaikan, yang saya pasti nasehat untuk anak cucunya semua. Mari kita sama-sama membacanya.
Pak Mudhin membaca wasiat tersebut yang ternyata berbunyi :

"Mudhin jangan berdiri di situ.....! jangan pijak saluran oksigen aku....!"

Monday, February 9, 2009

pedalaman @ pendalaman

kalau saudara saudari semua perasaan..dua perkataan ini seringkali disalah sebutkan..contohnya dalam berita tidak kiralah tv1 atau tv3. Malahan ada golongan pencinta bahasa yang masih tidak tau membezakankan 2 perkataan ini.

Pedalaman- kawasan tempat tinggal yang jauh dalam hutan atau dar pusat bandar.

Pendalaman- Menggali kolam atau lubang sampah supaya lebih dalam.

Kalau kamu pula macamana? hahaha
CINTAILAH BAHASA KITA

Malam pengantin

Seorang lelaki bernama Baron yang baru saja menjalani malam pertama bersama isterinya, menceritakan tentang kemuskilannya kepada seorang kawan, Alon.
"wah, gila juga! Ternyata memang benar", ujar Baron. " Kebiasaan yang sering kita lakukan ketika masih bujang, boleh berulang pada malam pengantin".
"Sebenarnya apa yang berlaku semalam?" si Alon ingin tahu.
" Begini. Kau kan tahu kalau sewaktu bujang aku suka melanggan perempuan".
"ho oh".
"nah, terus malam pengantin semalam, setelah selesai melakukan hubungan, tanpa sengaja aku memberikan wang RM100.00 pada isteriku".
"Wah! gila kau!" Alon terperanjat. "Bagaimana? Isteri kau marah?"
" Itulah masalahnya," Baron menjawab. " Dia malah memberikan pulangan wang RM25 kat aku!!"

Dakwa Sultan...???

Sampai ke saat ini isu lompat parti masih lagi hangat diperkatakan..boring2!!! dan yang lebih hangat lagi isu ahli politik nak dakwa Sultan! Boleh kerrr??!!! tak ada dalam perlembagaan Malaysia orang awam boleh mendakwa Sultan. Orang ni dah hilang akal agaknya...mungkin tak tau sejarah penubuhan negara Malaysia.
Selama ni negara kita aman damai kerana dengan adanya sistem pemerintahan demokrasi raja berperlembagaan..Mungkin orang ni tak tahu membezakan sistem pemerintahan secara beraja atau berpresiden. Orang2 yang tinggal ditengah hutan mungkin lagi memahami konsep pemerintahan beraja ini berbandingang dengan orang yang berkenaan ini..
Sebenarnya saya tak faham...apa lagi yang orang berkenaan ni nak..tak cukup ke dah ada duit banyak, kereta banyak, rumah besar2 malahan kehidupan pun lengkap serba serbi tapi tak habis2 nak menghasut rakyat untuk memporak porandakan negara..yang rakyat ni pun satu..sudahlah mungkin hidup susah nak pula ikut2 porak porandakan negara..tak payahlah...kalau nak memperjuangkan ideologi parti ikutan masing2 pun janganlah sampai keamanan negara kita yang selama ini kita nikmati dihancurkan..ikut saluran yang betul...bukan budaya negara kita buat demonstrasi dijalanan..bersyukurlah dengan apa yang ada..
Bagi saya keamanan sesebuah negara itu adalah tunjang kemajuan, kecemerlangan negara dan diri kita. selagi negara kita aman, selagi itulah kita bebas mencari rezeki yang halal. Eh!!! takut pula aku kalau negara kita jadi macam di gaza...kmurang tidak takutkah..fikir2kanlah.
Apapun bagi saya..orang2 sabah lagi sporting n matang kalau pasal politik...iyelah..masa pilihanraya masing2 memperjuangkan parti pilihan masing2..tapi bila da habis ja..wah!! minum sama2 sagantang..
hahahaha

Tuesday, February 3, 2009

apa dah jadi...katak@bonong

Sejak kebelakangan ini seringkali kita mendengar ahli2 politik sibuk berkata tentang lompat parti. Tidak kiralah sama ada dari pihak gov atau pembangkang. Tiap malam ada jak keluar dalam berita..boring juga tengok. Bagus lagi pihak media ni buat liputan kat kampung2 atau kawasan2 yang masih mundur contohnya di kg simpang entilibon. Ada lagi faedahnya..Apa sudah jadi dengan ahli2 politik berkenaan. Mereka ini merupakan YANG BERHORMAT, malahan ada yang bergelaran DATUK dan mungkin sekolah pun tahap langit. Tapi perangai macam baby yang baru lahir..Bila berlaku kes2 seperti ini mesti katak yang dipersalahkan..kenapa samakan org tersebut dengan katak. Pada saya katak lebih baik daripada org yang berkenaan tu. Katak melompat ada hala tuju. Tak adalah maju mundur..mungkin katak lompat cari makankah, melarikan diri dari musuh dan sebagainya. Katak melompat pun tak ada orang atau kawan2nya marah or terasa..
Cuba kita fikirkan bersama..mereka2 jadi YB pun bukan ada p temudugakah atau p ujian kelayakan mcm masuk maktab dan sebagainya. Tidak mcm mau jadi guru ka, polis ka dan sebagainya. Mcm bulan jatuh ke riba ja kan..hahaha tapi yang sedihnya bila menang membelakangkan mandat rakyat yang kasi duit sama diorang..ehh...apa dah jadi ni..ai tak tau la aku..
Mungkin sudah tiba masanya satu undang2 khas dibuat. Apa kata kalau rakyat pula diberikan kebebasan untuk mendakwa YB berkenaan. Ialah kan...rakyat susah2 mau mengundi, kempen sana sini sampai ada yang sanggup mengangkat org2 yang tua n sakit semata-mata ingin memastikan kemenangan si YB ni tapi alih2 berpaling tadah pula...eh!! tak tau la aku..tak cukup ka gaji yang diterima..paling bagus barangkali rakyta boleh mendakwa YB berkenaan atau bubar saja terus DUN yang berkenaan manakala YB tersebut terus saja diblacklist..
Apa pun sebenarnya semua bergantung dengan individu2 tertentu. Macam kawan saya cakap. Kalau orang Dusun..orang Dusun juga tu..jadi kalau pelompat...pelompat ga tu..hahaha jadi fikir2kanlah. Jan lompat parti kalau kamurang yang jadi YB. Kesian tu pengundi kamurang...hahahaha